GAMBAR RAMAI AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 1978/81 1. Duduk Barisan Hadapan a. Paling kiri i. YB Datuk Hj. Embong bin Yahya (Ketua Penerangan) ; YB Datin Paduka Hajjah Aishah bt. Hj. Abd. Ghani (Naib Presiden Wanita) ; YB Encik Abd. Ghaffar bin Baba (Naib Presiden) ; YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (Timbalan Presiden) ; YB Datuk Musa Hitam (Naib Presiden) ; YB Datuk Haji Mustaffa bin Haji Abdul Jabar (Setiausaha Agung) dan YB Datuk Haji Suhaimi bin Dato’ Haji Kamaruddin (Naib Presiden Pemuda). Berdiri Barisan Tengah b. Paling kiri ii. YAB Encik Abdul Rahim Abu Bakar (Ahli) ; YAB Datuk Rais bin Yatim (Ahli); YBM Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail (Ahli) ; YB Datuk Sri Haji Kamaruddin bin Mohd. Isa (Ahli) ; YB Datuk Mokhtar Hashim (Ahli) ; YB Tan Sri Abdul Samad bin Idris (Ahli) ; YB Tan Sri Datuk Abdul Kadir Yusoff (Ahli) ; YAB Tan Sri Hj.Othman Mohd. Sa’at (Ahli); YAB Datuk Wan Mohammad Haji Wan Teh (Ahli) ; YB Datuk Haji Hamzah bin Haji Abu Samah (Ahli) ; YB Datuk Mohammad bin Rahmat (Ahli); YB Datin Paduka Rafidah Aziz (Ahli) ; YB Datin Paduka Zaleha Ismail (Ahli). Berdiri Barisan Belakang c. Paling kiri iii. YB Tan Sri Datuk Mohd. Ghazali bin Shafie (Ahli) ; YAB Encik Mohd Adib Haji Mohd. Adam (Ahli) ; YB Datuk Senu Abdul Rahman (Ahli) ; YB Encik Abdullah Haji Ahmad (Ahli) ; YB Datuk Manan Othman (Ahli) ; YB Datuk Shariff bin Ahmad (Ahli) ; YB Datuk Haji Ramli Omar (Ahli) ; YAB Datuk Syed Nahar Sheik Shahabuddin (Ahli) ; YAB Datuk Seri Amar Wan Mokhtar bin Wan Ahmad (Ahli) ; YB Tan Sri Datuk Syed Nasir Ismail (Ahli); YAB Datuk Mohammad bin Yaacob (Ahli) dan YAB Datuk Hormat Rafei. 2. Perdana Menteri Dato’ Hussien Onn telah melancarkan Sekim Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 20.4.81. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri-Menteri Kabinet dan lain-lain orang kenamaan. Gambar menunjukkan Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn sedang menandatangani Buku Pelancaran Amanah Saham Nasional di pelancaran sekim tersebut. 3. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, kelihatan berjabat tangan dengan para pekerja Barisan Nasional di Pusat mengundi Kepong, hari ini (8hb. Julai 1978). 4. Sidang dua hari ketua-ketua Kerajaan ASEAN bermula di Kuala Lumpur hari ini (4hb. Ogos,1977) dengan perasmian penuh beristiadat dan ucapan aluan oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn. a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang melafazkan ucapan aluannya. Yang lain dari kiri ialah : Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew, Presiden Suharto dari Indonesia, Presiden Ferdinand Marcos dari Filipina dan Perdana Menteri Negara Thai, Tuan Thanin Kraivixien. b. The 2-day meeting of the ASEAN Heads of Government began in Kuala Lumpur today (August 4, 1977) with a ceremonial opening, and a welcome address by the Prime Minister, Datuk Hussein Onn. c. Picture shows Datuk Hussein Onn delivering his welcome address. The others from left are : the Prime Minister of Singapore, Encik Lee Kuan Yew, President Suharto of Indonesia, President Ferdinand Marcos of the Philippines and the Prime Minister of Thailand, Mr. Tanin Kraivixien. 5. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, semalam (22.6.78) telah merasmikan pembukaan Mesjid Jamek di Simpang Rengam, Kluang, Johor. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang meresmikan pembukaan mesjid tersebut. 6. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (28/7/76) telah mengadakan satu mesyuarat dengan Presiden-presiden dan Ketua-ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Minyak di Bilik Gerakan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang menyampaikan ucapan di mesyuarat tersebut. Dikanan beliau ialah Menteri Kewangan dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah dan dikiri beliau ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin. b. The Prime Minister, Datuk Hussien Onn today (28/7/76) held a meeting with Presidents and Chief Executives of Oil Companies at the Prime Minister’s Operations Room in Kuala Lumpur. c. Picture shows the Prime Minister addressing the meeting. On his right is the Minister of Finance, and Chief Executive of PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah, and at left is the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin. 7. Perdana Menteri Australia hari ini (18hb. Jun 1978) telah berlepas pulang dari Lapangan Terbang Subang setelah memberi penerangan mengenai perkara-perkara ekonomi dan perdagangan dunia kepada Perdana Menteri Datuk Hussein Onn dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew, didalam satu sidang akhbar di Istana Tetamu. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn sedang mengucapkan selamat berlepas kepada Encik Malcolm Fraser. Turut sama mengiringi beliau ialah Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Menteri Luar Negeri Tengku Ahmad Rithauddeen. 8. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhaila hari ini (8/7/78) telah membuang undi di Pilihanraya Umum 1978 di Sekolah Kebangsaan Hishamuddin, Jalan Swettenham, Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi. 9. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Encik Malcolm Fraser kerana telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew dan beliau sendiri mengenai perkara-perkara ekonomi dan perdagangan dunia. Ini telah dijelaskan oleh Dato’ Hussein dalam satu sidang akhbar di Istana Tetamu petang ini yang disertai oleh ketiga-tiga orang Perdana Menteri itu. Penjelasan ini dibuat oleh Encik Malcolm Fraser kepada Dato’ Hussein dan Encik Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat yang agak lama juga di Sri Taman dari 12.00 tengahari hingga lewat petang. Penjelasan ini perlu sesudah Encik Fraser melawat Amerika Syarikat dan Eropah selama 3 minggu dengan tujuan mendapat perimbangan dagangan bagi negara-negara di seluroh dunia ini. a. Dibidang perdagangan, Encik Malcolm Fraser menyatakan bahawa ketiga-tiga buah negara – Australia, Malaysia dan Singapura akan terus mengadakan perundingan dari masa ke semasa. b. Gambar menunjukkan ketiga-tiga Perdana Menteri itu sedang mengadakan sidang akhbar di Istana Tetamu. 10. Perdana Menteri Datuk Hussein Onn hari ini (7hb Jun, 1978) telah menghadap dan menyembah ucapan tahniah bagi pihak Kerajaan dan rakyat sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 60. a. Gambar menunjukkan beliau sedang menghadap dan menyembahkan ucapan tahniah. 11. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan usul bagi meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga di Dewan Rakyat pada 19hb. Julai 1976. a. The Prime Minister, Datuk Hussein Onn, presenting the Motion for the adoption of the Third Malaysia Plan at the Dewan Rakyat on July 19, 1976. 12. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhailah telah membuat lawatan rasmi selama lima hari (4hb hingga 9hb Januari, 1977) ke Republik Arab Mesir. a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah mengunjungi Presiden Anwar Sadat dan Puan Jehan Sadat di Istana Presiden. 13. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhaila sedang melakukan lawatan rasmi ke Negeri Kelantan selama tiga hari mulai dari 16hb. hingga 18hb. Julai 1977. a. Gambar menunjukkan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Mohamed Nasir apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu. 14. Para Ahli Dewan Rakyat yang terpilih dalam pilihanraya umum yang lalu hari ini (31hb Julai, 1978) telah mengangkat sumpah dalam satu upacara dalam sidang sehari di Dewan Rakyat. a. Mula-mula mengangkat sumpah ialah Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dipilih semula, Tan Sri Syed Nasir bin Ismail. b. Selepas beliau mengambil tempat selaku Yang di-Pertua, tampil anggota Dewan Rakyat dari Sri Gading, Datuk Hussein Onn yang juga Perdana Menteri mengangkat sumpah, diikuti oleh lain-lain anggota termasuk Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Hajjah Aishah Ghani. c. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang mengangkat sumpah. 15. Semua umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, 5hb September, 1978. a. Bersempena dengan hari yang mulia ini, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn telah mengadakan rumah terbuka di tempat kediamannya di Seri Taman, Kuala Lumpur. b. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang menyambut rakyatnya yang datang beramai-ramai bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 16. Perdana Menteri Datuk Hussein Onn dan Datin Suhaila telah meraikan kanak- kanak yang kurang bernasib baik di suatu jamuan teh bersempena dengan Hari Raya di Seri Taman, Kuala Lumpur hari ini (6hb. September, 1978). a. Lebih dari 300 orang kanak-kanak dari 10 buah Rumah Kebajikan di Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menghadiri upacara tersebut. Kanak-kanak itu kemudian telah diberi hadiah-hadiah Hari Raya dan Ang Pow oleh Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah. b. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang berbual dengan salah seorang kanak-kanak itu. 17. Rombongan Hakim-Hakim dari Britain diketuai oleh Lord of Appeal in Ordinary, Lord Diplock (menghadapi kamera) hari ini (11/9/78) telah mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di pejabatnya. Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Suffian (dibelakang Datuk Hussein) juga turut hadir. Perwakilan tersebut melawat Malaysia selama dua minggu dibawah rancangan pertukaran Hakim-hakim Komanwel. 18. Gambar menunjukkan Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn ketika tiba di Universiti Malaya untuk merasmikan Persidangan Kebangsaan Tugas-Tugas Guru bagi mengujudkan Rukun Negara di sekolah-sekolah pada 12.4.71. 19. Y.B. Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn seddang berucap kepada ahli-ahli Persatuan Penerbit-penerbit buku Malaysia di Kuala Lumpur pada 16.7.71. 20. Y.B. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang berucap kepada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran ketika beliau membuat lawatan ke Kementerian tersebut di Kuala Lumpur pada 3.9.71. 21. Y.B. Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn sedang menerima 4 jilid novel bagi mengingati ulang tahun ke-10 merdeka dari Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Sujak Rahiman pada 10.9.71. 22. Y.B. Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn sedang berucap merasmikan persidangan ketua-ketua Pegawai Pelajaran yang ke 43 di Kuala Lumpur pada 7.2.72. 23. Gambar menunjukkan Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn sedang bersalam dengan DYMM Yang Di Pertuan Agung selepas menerima cokmar Universiti Kebangsaan Malaysia di satu upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 16.6.73. 24. Timbalan Menteri Kebudayaan Burma, Encik U Aye Maung telah mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 29.11.73. 25. Gambar menunjukkan Duta Austria ke Malaysia, Dr. Klaus Ziegler ketika mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di Kuala Lumpur, pada 7.12.73. 26. Duta Besar Romania ke Malaysia yang akan bersara, Encik Marin Alexie telah mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 7.12.73. 27. Ceremony – Presentation of”Red Cross & My Country” to Minister of Education on 1st October 1971. Minister of Education, Hon’ble Enche Hussein bin Onn, inspecting the Guard of Honour. Behind the Minister is Y.M. Tunku Tan Sri Mohamed, Chairman. Officer commanding the parade is Miss Yong. 29. Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hussein Onn. 30. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn berucap kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri di Bilik Gerakan Perdana Menteri Kuala Lumpur hari ini (19.3.1975). Turut hadir ialah Menteri-menteri Kabinet. 31. Y.B. Datin Suhailah, isteri Perdana Menteri Datuk Hussein Onn. 32. YAB Perdana Menteri, Tuan Hj. Abd. Razak (kanan) hari ini (3.12.1974) menghadiri majlis taklimat mengenai getah di Pusat Penyelidikan Getah di Kuala Lumpur. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn (tengah) dan Y.B.M. Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas bagi Hal Ehwal Luar, Tengku Ahmad Rithauddeen (kiri). 33. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang menandatangani Buku Takziah atas kematian Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Dr. Theo Schmidlin, di Kedutaan Switzerland, Kuala Lumpur pada 26.4.1974. Yang memerhati ialah Setiausaha ketiga Kedutaan itu, Tuan Raymond Rossier. 34. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah merasmikan Persidangan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Pegawai Polis di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur hari ini (28.3.1974). Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang berucap. 35. Y.B. Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn, telah merasmikan pembukaan Pameran Buku-Buku Indonesia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hari ini(12/4/1971). a. Gambar menunjukkan Menteri itu (kiri sekali) sedang memerhati sebuah buku sementara memerhati ialah Tuan Yang Terutama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Jeneral Tan Sri Thalib (tengah), dan Tuan Masagung, Ketua Pengarah P.T. Gunung Agung dan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan MPH Bhd. 36. Y.A.B Perdana Menteri, Tun Hj. Abd. Razak, telah mengadakan satu majlis makan malam kerana meraikan Perdana Menteri New Zealand yang sedang melawat Malaysia, Tuan Norman Kirk, di Seri Taman, Kuala Lumpur malam ini (18/12/1973). a. Gambar menunjukkan dari kiri : YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn, Tuan Kirk, Tun Razak, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri C.M. Yusuf; Y.B. Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam dan Y.B. Menteri Hal Ehwal Dlm. Negeri dan Menteri Penerangan, Tan Sri Ghazali Shafie. 37. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Austria, Kuala Lumpur, hari ini (26.4.1974) atas kematian Presiden Austria, Dr. Franz Jonas. 38. Encik Hussein bin Datok Onn sedang mengangkat sumpah untuk menjadi Menteri Kerajaan Malaysia di Istana Negara 39. Potret Kapten Hussein Onn. Menteri Pelajaran 40. Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong telah menandatangani Surat Perisytiharan untuk menjalankan tugas-tugas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agung mulai hari ini di dalam satu istiadat rengkas di Istana Tetamu hari ini, 30hb November, 1979. a. Upacara menandatangani Surat Perisytiharaan itu telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Yang Di Pertua Dewan Negara, Tun Omar Yoke Lin Ong, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Turus Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn telah membaca Surat Perisytiharaan tersebut dan kemudiannya mempersembahkan Surat Perisytiharaan itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong untuk ditandatangani. b. Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selama kira-kira satu bulan sehingga 29hb Disember, 1979. c. Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di Pertuan Agong sedang menandatangani Surat Perisytiharaan tersebut. 41. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (18/3/80) telah menandatangani buku takziah di atas kematian bekas Wakil Presiden Republik Indonesia, Dr. Mohamad Hatta di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur. a. Ketibaan Datuk Hussein di Kedutaan Indonesia disambut oleh Encik Fawzi Abdul Rani, Kuasa Usaha Sementara Indonesia yang mewakili Duta Indonesia ke Malaysia. b. Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang menandatangani buku tersebut sambil diperhatikan oleh Encik Fawzi Abdul Rani. (berdiri berkaca mata) 42. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (1/11/79) telah menandatangani buku Takziah Mendiang Tun Sir Gerald Templer di CARCOSA - (rumah kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia) Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Mendiang Tun Templer adalah bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaya, ketika negara kita berada didalam keadaan darurat. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang menandatangani buku Takziah tersebut, manakala (No. 3 dari kiri) ialah Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Sir Donald Hawley. 43. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sedang berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abd. Rahman, Kuala Lumpur pada 20hb. April 1981. Lain-lain Menteri yang kelihatan ialah dari kiri Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran; Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri ; Tun Ismail Ali, Pengerusi Amanah Saham Nasional dan Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan. 44. Perdana Menteri, Dato; Hussein Onn sedang berjalan menuju ke Dewan Tunku Abdul Rahman untuk melancarkan Sekim Amanah Saham Nasional. Kelihatan dikanan sekali ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan di belakangnya ialah Dato’ Abdul Manan Othman, Menteri Perusahaan Utama. (20/4/1981). 45. YAB Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn merangkap Menteri Pertahanan semasa berucap di Majlis Jamuan Makan Malam Perpisahan untuk Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato Hj. Mohd. Sany b. Abdul Ghafar, di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur. (12.1.1981) 46. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn hari ini (27.3.81) telah membawa usul dan berucap membentangkan Rancangan Malaysia Keempat di Dewan Rakyat. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang berucap membentangkan Rancangan Malaysia Keempat. 47. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, sedang mengambil air sembahyang selepas merasmikan Masjid Jamek Kampong Seringkal, Mukim Batu Pahat, Johor pada 12.1.1979. 48. YAB Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, semasa berucap di majlis jamuan malam perpisahan untuk Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato Hj. Mohd. Sany bin Abd. Ghafar, di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur. (12.1.1981) 49. Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, sedang memotong pita di pembukaan rasmi, Masjid Jamek Kampong Seringkal, Mukim Batu Pahat, Johor pada 12.1.1979. 50. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, semasa merasmikan pembukaan Masjid Jamek Kampong Seringkal, Mukim Batu Pahat, Johor pada 12.1.1979. 51. DYMM Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Shah telah menandatangani surat perisytiharaan bagi menjalankan tugas-tugas Yang Di Pertuan Agong hari ini (30.3.1979) a. Istiadat rengkas itu telah berlangsung di Bilek Singgahsana Sementara di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. b. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah Perdana Menteri Datuk Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Para Menteri Kabinet. c. Ketua Hakim Negara Tun Suffian Hashim, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Syed Nasir, Yang Di Pertuan Dewan Negara, Tan Sri Omar Yoke Lin Ong dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub juga turut hadir. d. Perisytiharaan yang dibacakan oleh Datuk Hussein Onn antara lain menyebut: Bahawa adalah diperuntukkan oleh perkara 33 (1) dalam perlembagaan persekutuan, Timbalan Utama Negara hendaklah menjalankan tugas-tugas serta mempunyai keistimewaan Yang Di Pertuan Agong dalam masa berlaku kekosongan dalam jawatan Yang Di Pertuan Agong. e. Gambar menunjukkan DYMM Timbalan Yang Di Pertuan Agong sedang menandatangani surat perisytiharan tersebut. 53. Canselor baru Universiti Kebangsaan, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pagi ini (19.6.1976) telah berkenan menyampaikan berbagai-bagai ijazah di Konvokesyen Keempat Universiti Kebangsaan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan D.Y.M.M. Tuanku Canselor sedang menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn. 54. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong hari ini (16hb. Julai, 1981) telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Yang Maha Mulia Pangkuan Negara, Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn yang membawa gelaran Tun disatu istiadat di Istana Negara sebaik saja selesai upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. a. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Toh Puan Suhailah, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, dan Datin Seri Dr. Siti Hasmah. 55. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (3.7.76) telah melancarkan Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan kebudayaan di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan para ahli majlis tersebut diperkenalkan kepada Datuk Hussein Onn. Kedua dari kiri ialah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Ali Hj. Ahmad. 56. Satu Istiadat Mengadap telah diadakan di Istana Negara di-Kuala Lumpur hari ini (2.6.1976), sempena Hari Keputeraan ke 58 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Yang Dipertuan Agong. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, sedang menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia. 57. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, hari ini (31.5.1976) melawat Batu Garrison di Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang mencuba-cuba sepucuk senjata moden. Memerhatikan dikiri ialah Ketua Turus Angkatan Tentera, Jenderal Tan Sri Ibrahim b. Ismail dan paling kanan ialah Ketua Turus Tentera Darat, Datuk Seri Mohamed Sany. 58. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, malam kelmarin (29.5.1976) telah menyampaikan anugerah Hadiah Pejuang Sastra kepada enam orang tokoh sastra kerana menghargai sumbangan mereka kepada kesusasteraan kebangsaan. a. Enam orang tokoh-tokoh tersebut menerima hadiah sebanyak $10,000 tiap-tiap seorang ialah: Wartawan En. Ishak Hj. Muhamad;Pengarang Urusan New Straits Times, En. Samad Ismail; Ketua Pengarang Dewan Bahasa Dan Pustaja, Encik Kamaludin Muhamad; Pengarang Dewan Sastera, Encik Usman Awang; Pengarang Berita Harian, Encik Samad Said dan Pensyarah Universiti Sains P.Pinang, Encik Shahnon Ahmad. b. Gambar menunjukkan En. Shahnon Ahmad sedang menerima hadiah beliau dari Datuk Hussein Onn. 59. Semasa lawatan resminya ke Arab Saudi, Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah mendapat peluang menunaikan Umrah atau Haji Kecil di Mekah. a. Disebelah kanan Datuk Hussein ialah Mutawif yang mengetuai Umrah. Yang lain dibarisan hadapan ialah Duta Besar Malaysia di Jeddah, Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah (kiri sekali) dan Menteri Luar Negeri, Tengku Ahmad Rithauddeen. (23.5.1976). 60. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, pulang ke Kuala Lumpur kelmarin (22.5.1976) selepas lawatan resmi selama enam hari ke Arab Saudi dimana beliau telah dialu-alukan dengan penuh kehormatan. a. Semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa di Riyadh minggu lepas (17.5.1976) beliau telah disambut olih Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri Pertama, Putera Fahd bin Abdul Aziz dan Putera-putera Arab Saudi yang lain dan juga para menteri serta pemimpin-pemimpin Arab Saudi. b. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn memeriksa Barisan Kehormatan olih para pegawai Barisan Di Raja DYMM Al Malek Khaled. Beliau diiringi (disebelah kanan) olih Putera Fahd. 61. Satu persantapan bagi menghormati Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada hari pertama lawatan resminya ke Arab Saudi. Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri Pertama, Putera Fahd telah menjadi tuan rumah jamuan makan malam itu di suatu Istana di Riyadh. a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang memperkenalkan kepada para pemimpin tentera Arab Saudi yang menghadiri jamuan tersebut. Disebelah kiri sekali ialah Putera Fahd. 63. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (15/5/1981) telah merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di Dewan Kelab Golf, Johor Bahru. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang berucap kepada para hadirin di majlis perasmian tersebut. 64. Semasa lawatan resminya selama lima hari ke Arab Saudi, Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah melawat Medinah. Atas ketibaannya di Lapanganterbang beliau disambut olih Gabnor Medinah, Amir Abdul Mohsein dan beberapa orang para pelajar Malaysia yang menuntut di Medinah. a. Kemudian beliau telah berkereta ke Mesjid Nabi untuk sembahyang Maghrib. b. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn (ketiga dari kiri) sedang bersembahyang di mesjid. Disebelah kirinya ialah Amir Abdul Mohsein sementara di sebelah kanannya ialah Duta Besar Malaysia di Jeddah, Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah dan Datuk Hj. Mokhtar bin Hj. Ahmad, pegawai Kedutaan (Attache) Penerangan Malaysia di Jeddah. 65. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, sedang meresmikan perhimpunan agung tahunan ketiga Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia pada 20/3/1976. Disebelah kiri beliau ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Encik Sharif Ahmad. 66. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, hari ini (22/3/1976) melancarkan Persatuan Kebangsaan Mencegah Salahguna Dadah di Dewan Tunku Abd. Rahman, Kuala Lumpur. Selepas pelancaran itu, Perdana Menteri telah ditunjukkan pamiran pokok-pokok ganja dan lain-lain keluaran dadah. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri sedang mencium daun kering ganja. Yang lain (dari kiri) ialah Timbalan Menteri Undang-Undang, Encik Rais Yatim ; Datin Suhaila; Peguam Negara dan Menteri Undang-undang, Tan Sri Abd. Kadir. 67. Menteri Luar Republik Korea, T.Y.T. Tong Jin Park telah mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dipejabatnya di Kuala Lumpur hari ini (18.3.1976). 68. Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Tuan Brian Talboys, telah mengunjugi Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini (19.3.1976). 69. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang membuka Institusi Penyiaran Tun Abd. Razak di Komplex Angkasapuri di Kuala Lumpur hari ini (10.3.1976). Di belakang Perdana Menteri ialah Menteri Penerangan, Datuk Amar Hj. Abd. Taib Mahmud. 70. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Datuk Hussein Onn hari ini (17/3/1976) telah membuat lawatan resminya yang pertama ke Kementerian Pertahanan selepas beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri menemui Pegawai-Pegawai di Kementerian tersebut. Dibelakang beliau ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Abu Bakar bin Samad Noor dan Ketua Turus Angkatan Tentera, General Tan Sri Ibrahim b. Ismail. 71. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (3/3/76) telah mengadakan satu sidang kabinet di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Datuk Onn. 72. Menteri Perdagangan, Perindustrian dan Perniagaan, Kanada, Tuan Donald Jameison (kiri) yang sedang mengetuai satu Utusan Perdagangan ke Malaysia hari ini (4.3.1976), mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dipejabatnya di Kuala Lumpur. Disebelah kanan ialah Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia, Datuk Hj. Hamzah b. Hj. Abu Samah. 73. Yang Dipertuan Agong ke 6, Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, hari ini (28.2.1976) telah ditabalkan dalam satu istiadat penuh penghormatan di Dewan Tunku Abd. Rahman di Kuala Lumpur. Istiadat pertabalan tersebut telah disaksikan olih Sultan-Sultan, Raja Perlis, Yang diPertuan Besar Ng. Sembilan, Gabenor-gabenor dan Yang Dipertuan Negara Sabah. Diantara orang-orang kenamaan yang menghadiri upacara tersebut ialah Y.T.M. Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, ketua-ketua Diplomatik Asing, para Menteri Kabinet dan hakim-hakim. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, sedang memberi kehormatan dan menyembahkan ucapan tahniah bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda. 74. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn menerima sekeping cek berharga $10,000/- dari Menteri Besar Trengganu, Tuan Hj. Wan Mokhtar b. Ahmad, dipejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur derma Tabung Tugu Peringatan Negara, hari ini (27/2/1976). 75. Ketua-ketua Kerajaan ASEAN dalam suasana riang gembira selepas kejayaan Sidang Kemuncak mereka di Bali, Indonesia dari 23hb-24hb Februari, 1976. Dari kiri : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Hussein Onn ; Perdana Menteri Singapura, Tuan Lee Kuan Yew; Paduka Presiden Soeharto dari Indonesia; Presiden Marcos dari Filipina dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Kukrit Pramoj. 76. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, hari ini (22.2.1976) tiba di Bali untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di sana dari 23hb. Hingga24hb Februari, 1976. a. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Ngurah Rai disambut olih Presiden Soeharto. b. Gambar menunjukkan Perdana Menteri berjalan beriringan dengan Presiden Soeharto meninggalkan lapangan terbang. 77. Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Michiaki Suma, telah membuat kunjungan perpisahan kepada Perdana Menteri Datuk Hussein Onn, dipejabatnya di Kuala Lumpur hari ini(9/2/1976) 78. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn yang juga Presiden Persatuan Sejarah Malaysia hari ini (14/2/1976) meresmikan Mesyuarat Tahunan Majlis Persatuan Sejarah Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 79. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah dikunjungi olih Senator Sam Nunn, Ahli kepada ’United Senate Armed Service Committee’ di Kuala Lumpur. (13.1.1981) 80. Pemimpin-pemimpin Persatuan China Malaysia (MCA) hari ini (11/1/1975) mengadakan Hari Terbuka di Hotel Merlin di Kuala Lumpur bagi menyambut Tahun Baru Cina. Diantara orang kenamaan yang mengunjungi mereka ialah Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. a. Gambar menunjukkan (dari kiri) Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tuan Lee San Choon, yang juga pemangku Presiden MCA; Datuk Hussein Onn ; Encik Michael Chen, Menteri Perumahan dan Kampung-kampung Baru; dan Tan Sri Lee Siok Yew, Menteri Kesihatan dalam majlis tersebut. 81. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 118, sempena Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, yang berlangsung hari ini(8hb Julai,1980) di Istana Negara, Kuala Lumpur, masuk ke hari kedua. a. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh D.Y.M.M. Raja Perlis. b. D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, diiringi oleh Perdana Menteri Datuk Hussein Onn turut berangkat ke mesyuarat itu. c. Gambar menunjukkan (dari kanan) D.Y.M.M. Raja Perlis, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Hussein Onn, D.Y.M.M. Sultan Perak, Menteri Besar Perak, D.Y.M.M. Al-Sultan Kelantan, Menteri Besar Kelantan dan Pemangku Raja Pahang di mesyuarat tersebut. 82. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (2/9/80) berlepas ke New Delhi untuk menghadiri Mesyuarat Serantau Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel. a. Turut hadir mengucapkan selamat jalan kepada Datuk Hussein di Lapangan Terbang Subang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet yang lain. b. Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang berbual dengan sebahagian daripada para Menteri dan Timbalan Menteri, sebelum berlepas ke New Delhi. Dari kiri : Menteri Pengangkutan, Datuk Lee San Choon; Menteri Luar Negeri, Tengku Ahmad Rithauddeen; Menteri Perusahaan Awam, Datuk Manan Othman; Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie; Timbalan Menteri Undang-Undang, Datuk Abdullah bin Abdul Rahman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn. 84. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah. (April, 1974) 85. Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah. (April 1978) 86. Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah. (Ogos 1978) 87. Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn selaku Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan, semasa berucap di pembukaan resmi Konvensyen Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, di Kuching Sarawak. (28.4.1978) 88. Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn selaku Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan, semasa berucap di pembukaan resmi Konvensyen Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, di Kuching Sarawak. (28.4.1978) 89. Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa menandatangani Buku Pelawat selepas merasmikan Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang di Sarawak (27.4.1978) 90. Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan Datin Suhailah semasa tiba untuk upacara peresmian Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang. Mengiringi mereka ialah Ketua Menteri Sarawak, Datukk Patinggi Hj. Abd. Rahman Yaakub dan Datuk Abd. Ghani Gilong. (27.4.1978) 91. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn disambut olih Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie di Pengkalan TUDM Kuala Lumpur pada 29.1.1976, sekembalinya beliau dari Jakarta setelah mengadakan rundingan dengan Presiden Suharto. 92. Perdana Menteri Baru, Datuk Hussein Onn telah mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya pertama di Jabatan Perdana Menteri, Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur hari ini (15.1.1976) 93. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, mengadakan rundingan dengan President Suharto dari Indonesia di Jakarta pada 28hb dan 29hb Januari 1976. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri (kedua dari kanan) bersama Presiden Suharto (kiri) di Istana Merdeka, Jakarta. Paling kanan ialah Menteri Luar Negeri, Tunku Ahmad Rithauddeen. 94. Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri disatu istiadat rengkas dihadapan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong di Istana Negara hari ini (15.1.1976) Istiadat tersebut dihadiri olih Menteri-menteri Kabinet dan para pegawai Istana. 95. Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (14.1.1976) menandatangani Buku Takziah bagi memperingati mendiang Perdana Menteri Republik Rakyat China, Tuan Chou En-Lai, di kedutaan China di Kuala Lumpur 96. Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri disatu istiadat rengkas di Istana Negara hari ini (15.1.1976) a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn mencium tangan Yang Dipertuan Agong selepas istiadat itu. 97. Pengerusi Sime Darby Sdn. Bhd. J.E.By Water sedang menyampaikan sekeping cek berharga $10,000 bagi Tabung Pemulihan Tugu Peringatan Negara kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di pejabatnya Kuala Lumpur hari ini (22.12.1975) 98. Kejohanan Olahraga Kementerian Kewangan Yang Pertama 1975 telah dibuka dengan resminya olih Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Hussein Onn di Stadium Merdeka hari ini (16.11.1975) a. Gambar menunjukkan Kapten Pasukan Jabatan Hasil Dalam Negeri, Encik Najmuddin Maiden sedang diperkenalkan kepada Datuk Hussein Onn sebelum acara sukan dimulakan. 99. Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn hari ini (30.12.1975) melancarkan kutipan Derma Yayasan Pelajaran UMNO Sungei Besi di pejabatnya di Kuala Lumpur. a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang memberikan sumbangannya kepada Yayasan tersebut, Paling kanan ialah Raja Othman bin Raja Jaafar, Ketua Bahagian UMNO Sungei Besi. 100. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn telah melancarkan Sekim Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abd. Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini (20/4/81). Turut hadir di Majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri-menteri Kabinet dan lain-lain orang kenamaan. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn sedang menyerahkan wang kepada Pengerusi A.S.N Tun Ismail Ali untuk memulakan pelaburan sebelum menandatangani Buku Pelaburan A.S.N. Bil. 00001. 101. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn sedang berucap di upacara pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. (20/4/1981). 102. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn hari ini (15/5/1981) telah merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di Dewan Kelab Golf, Johor Bahru. a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn sedang berucap kepada para hadirin di majlis perasmian tersebut 103. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, semasa disambut tiba, oleh Pengerusi Jawatankuasa Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan, YB Tan Sri Syed Nasir Ismail, sempena perasmian Musabaqah tersebut, di Seremban, Negeri Sembilan. (21.6.1981) 104. YAB Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, sedang bersalaman dengan ahli-ahli Jawatan Kuasa Jawatankuasa Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan.(21.6.1981) 105. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn hari ini (26/6/81) telah merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke 32. Dalam ucapan perasmiannya Perdana Menteri telah diantara lain menyatakan : ”Dalam memperjuangkan nasib kaum bumiputra kita tidak mengenepikan kepentingan kaum-kaum lain. Yang kita tuntut adalah peluang untuk maju bersama-sama dengan lain” a. Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn dan Bapa Malaysia Tunku Abd. Rahman ketika membalas sambutan dan aluan aluan dari para perwakilan yang menyambut ketibaan beliau. 106. Gambar menunjukkan Menteri-menteri Kabinet di Majlis Perasmian Pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abd. Rahman, Kuala Lumpur (20/4/1981). a. Dikiri sekali Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn Perdana Menteri, Tun Ismail Ali Pengerusi Amanah Saham Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah Menteri Kewangan, Datin Paduka Rafidah Aziz, Timbalan Menteri Kewangan. 107. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, semasa berucap di upacara pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. (20/4/1981). a. Hadir bersama ialah Menteri-menteri Kabinet lain. Dikanan sekali ialah Datin Paduka Rafidah Aziz, Timbalan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan, Tun Ismail Ali, Pengerusi Amanah Saham Nasional, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran dan Dato’ Abdul Manan Othman, Menteri Perusahaan Utama. 108. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa upacara Perbarisan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, di Padang Kelab Selangir Kuala Lumpur. (16.5.1980) 109. Perdana Menteri Datuk Hussein Onn semasa mengalu-alukan lawatan Perdana Menteri Samoa Barat, Tuan Taisi Tupuola Efi ke Malaysia telah menawarkan apa jua bantuan yang boleh untuk memajukan lagi Samoa Barat. Malaysia sungguhpun sebuah negara yang kecil dan dengan tenaga dan keupayaan yang terhad sanggup berbuat demikian kerana Malayasia mempercayai konsep kerjasama. Malaysia tegasnya, percaya tiap-tiap sebuah negara itu sama ada kecil atau besar, maju atau sedang membangun, mempunyai sesuatu untuk disumbangkan terutama kepada negara-negara yang kurang bernasib baik. Datuk Hussein menyatakan demikian dalam jamuan makan malam bagi meraikan Tuan Taisi Tupuola Efi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. (19-9-80) a. Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn, Tuan Tupuola Efi dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sedang berbual-bual mesra sebelum jamuan dimulakan. 110. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn merasmikan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan Yang Ke 22 di Stadium Merdeka. Perasmian pembukaan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali Ke 22 ini adalah yang terakhir dilakukan oleh Datuk Hussein Onn sebelum ia meletakkkan jawatan sebagai Perdana Menteri. (28.7.1980) 111. Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri sedang memeriksa Perbarisan Kebangsaan St. John Ambulan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Beliau diiringi oleh Ketua Pergerakan St. John Ambulan Malaysia, Datuk P.T. Araru (20.4.1980) 112. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang berucap di upacara menandatangani Perjanjian Kerjasama ASEAN-EEC, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. (7.3.1980) 113. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sedang berucap di Perhimpunan Agung UMNO ke 31 yang berlangsung dari 4hb-6hb Julai, 1980 di Kuala Lumpur 114. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn merasmikan Kongres Ketujuh Pertubuhan Kawasan Timur bagi Perancangan dan Perumahan yang bertajuk ”Penempatan Penduduk dan Proses Pembangunan”, di Kuala Lumpur (9.3.1980) 116. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa menghadiri Upacara Penutup Kongress Ekonomi Bumiputera, di Dewan Besar Universiti Teknoloji Malaysia, Kuala Lumpur. (1.6.1980) 117. Potret Y.A.B. Dato Hussein Onn. 118. Datuk Hussein Onn bersama-sama ahli keluarga duduk dari kiri Harris Onn, Datuk Hussein, Datin Suhailah dan Rozita Halina. Berdiri dari kiri Roziah Hanis, Roquiah Hanum, Hishamuddin dan Surayah Hani. 121. Suratcara Perlantikan Datuk Hussein Onn, S.P.M.J. sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA. 122. Gambar menunjukkan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohd. Beramah mesra dengan bekas Perdana Menteri Tun Hussein Oon dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Elyas Omar, di Majlis Makan Malam Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.(27.12.1981) 123. Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn, semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur. (27.8.1977) 124. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn pagi ini (9.11.80) telah merasmikan upacara meletakkan Batu Asas Kompek Pusat Islam yang menelan belanja sebanyak lebih kurang $28 juta dan dijangka siap pada tahun 1983, di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.Gambar kelihatan, Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn sedang menarik tali tirai papan tanda Komplek Pusat Islam. Kelihatan di sebelah beliau ialah Menteri Tak Berpotfolio di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohamed bin Nasir. 125. Datuk Hussein Onn semasa menuntut di Akademi Tentera Dehra Dun, India. Bermain tennis adalah salah satu kegiatan sukan yang diminatinya (1941). 126. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini (22hb Ogos 1987) telah berkenan berangkat mencemar duli melawat Tun Hussein Onn, bekas Perdana Menteri yang sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.Gambar menunjukkan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sedang bersalam dan bertanya khabar kesihatan dari Tun Hussein Onn. 127. Datuk Hussein Onn semasa bergambar bersama-sama rakannya ketika menuntut di Akademi Tentera, Dehra Dun, India.Kelihatan dari kiri Tan Sri Gen. Ibrahim Ismail dan Datuk Hussein Onn (No: 4 dari kiri). (1941). 128. Perdana Menteri, Datuk Hussein Oon semasa diupacara penutup Kongres Ekonomi Bumiputera, di Dewan Besar Universiti Teknoloji Malaysia. Kelihatan dari kiri En. Ghafar Baba, Datuk Hussein Onn, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Senator Kamarul Arifin. (1.6.1980) 129. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa diperkenalkan kepada para perwakilan diupacara penutup Muktamar Dakwah Islamiah Bagi Tenggara Asia Dan Rantau Pasifik, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. (14.1.1980) 130. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan isteri Datin Suhailah, semalam (27.2.1980) telah menghadiri Majlis Makan Malam Perayaan Ulangtahun ke-31 MCA, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Ketibaan mereka telah disambut oleh Presiden MCA, Datuk Lee San Choon dan Timbalannya Datuk Richard Ho Ung Hun serta ahli0ahli MCA. Lebih kurang seribu orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad; Pemangku Presiden MIC Datuk S. Samy Vellu dan lain-lain pemimpin Barisan Nasional turut mengahadiri Majlis tersebut.Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang disambut oleh Pemuda-Pemuda MCA. Di sebelahnya ialah Datuk Lee San Choon dan Datuk Richard Ho Ung Hun. 132. Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang melihat sehelai kain sutera di kilang di Shanghai. (9.5.1975) 133. Gambar-gambar kenangan lawatan Perdana Menteri ke China. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan rombongan yang telah membuat lawatan muhibbah ke China selama lapan hari (dari 2hb hingga 9hb. Mei, 1979) telah selamat pulang ke tanahair. Sekembalinya di Kuala Lumpur, Datuk Hussein telah menyatakan rasa puas hatinya dengan lawatan tersebut. Datuk Hussein berkata sambutan meriah yang diberikan oleh pembesar-pembesar China terhadapnya dan rombongan membayangkan keiklasan mereka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia. Semasa di China, Datuk Hussein telah mengadakan rundingan dengan Naib Perdana Menteri, TYT Deng Xioping dan pembesar-pembesar China yang lain. Datuk Hussein dan rombongan telah melawat tempat-tempat pelancungan bersejarah seperti West Lake Park, Bandaran Larangan (Forbidden City) dan Tanah Perkuburan Dinasti Ming. Datuk Hussein sempat juga mendaki Great Wall of China.Walaupun tidak dapat mengikut kepantasan Datuk Hussein dan pembesar lelaki lain, Datin Suhailah dan rombongan terus juga menguatkan azam mendaki Great Wall itu dan akhirnya sampai ke kemuncaknya. i. Gambar- gambar menunjukkan: a. Datuk Hussein bergambar ramai di kawasan yang tinggi di Great Wall of China. (Dari kiri): Datin Lee, Datuk Lee San Choon, Tengku Ahmad Rithauddeen, seorang pemimpin Republik Rakyat China, Datuk Hussein, Datin Suhailahm Tun Hajjah Rahah dan Tengku Nor Aini. b. Datin Suhailah bersama-sama Tun Hajjah Rahah dan Datin Lee sedang mendaki Great Wall. c. Datuk Hussein sedang melihat sehelai kain sutera di kilang sutera di Shanghai. d. Datuk Hussein dengan penuh munat sedang melihat suatu alat jentera di Pamiran Perdagangan Canton di Canton. 134. Gambar-gambar kenangan lawatan Perdana Menteri ke China. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn dan rombongan yang telah membuat lawatan muhibbah ke China selama lapan hari (dari 2 – 9hb. Mei, 1979) telah selamat pulang ke tanahair sekembalinya di Kuala Lumpur, Datuk Hussein telah menyatakan rasa puas hatinya dengan lawatan tersebut. Datuk Hussein berkata sambutan meriah yang diberikan oleh pembesar-pembesar China terhadapnya dan rombongan membayangkan keikhlasan mereka untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia. Semasa di China, Datuk Hussein telah mengadakan rundingan dengan Naib Perdana Menteri, TYT Deng Xioping dan pembesar-pembesar China yang lain. Datuk Hussein dan rombongan telah melawat tempat-tempat pelancungan bersejarah seperti West Lake Park, Bandaran Larangan (Forbidden City) dan Tanah Perkuburan Dinasti Ming. Datuk Hussein sempat juga mendaki Great Wall of Chine. Gambar menunjukkan Datuk Hussein bergambar ramai di kawasan yang tinggal di Great Wall of China. (Dari kiri): Datin Lee, Datuk Lee San Choon, Tengku Ahmad Rithauddeen seorang prmimpin Republik Rakyat China Datuk Hussein Onn, Datin Suhailah, Tun Hajjah Rahah dam Tengku Nor Aini. 135. Perdana Menteri Datuk Hussein dan rombongannya telah diberi sambutan meriah setibanyan di Peking untuk melakukan lawatan rasmi selama lapan hari ke China. Pengerusi Hua Gou Feng berada di lapangan-terbang untuk menyambut Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin China yang lain turut hadir termasuklah Naib Perdana Menteri, Encik Deng Xiaoping dan Menteri Luar, Encik Huang Hua. Lawatan Datuk Hussein ialah bagi membalas kunjungan oleh Encik Deng ke Malaysia bulan November lalu. Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang memeriksa barisan kehormatan dari tentera Laut China. 136. Perdana Menteri Datuk Hussein Onn dan rombongannya telah diberi sambutan meriah setibanya di Peking untuk melakukan lawatan rasmi selama lapan hari ke China. a. Pengerusi Hua Gou Feng berada di lapanganterbang untuk menyambut Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin China yang lain turut hadir termasuklah Naib Perdana Menteri, Encik Deng Xiaoping dan Menteri Luar, Encik Huang Hua. b. Lawatan Datuk Hussein ialah bagi membalas kunjugan oleh Encikk Deng ke Malaysia bulan November lalu. c. Gambar menunjukkan Datuk Hussein sedang dialu-alukan oleh Pengerusi Hua Gou Feng dan di tengah-tengah ialah Encik Deng Xiaoping sementara dalam gambar kedua menunjukkan Datuk Hussein sedang memeriksa barisan kehormatan dari tentera laut China. 137. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, semasa berucap diupacara pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. (20/4/1981) 138. Potret Dato’ Onn Jaafar (28.8.49) 139. Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn, semasa berucap di upacara pelancaran Sekim Amanah Saham Nasional, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. (20/4/1981)