0001. - Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak di Kempen Parti Barisan Nasional di Kempen Parti Barisan Nasional Kuala Lumpur dalam tahun 1974. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0002. - Tun Abdul Razak Bin Hussein Perdana Menteri. - Sources: Keluarga Allahyarham. 0003. - Tun Abdul Razak Bin Hussein sedang membuka paip air di Kampung Sungei Gumut, Kelumpang ketika lawatan beliau melihat rancangan-rancangan Pembangunan Luar Bandar di Daerah Ulu Selangor. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0004.- Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sedang berbual dengan Menteri Luar Indonesia, En. Adam Malik semasa majlis menandatangani perjanjian keamanan pada Mei 1966 di Bangkok. - Sources: Toh Puan Rahah. 0005. - Y. A. B. Tun Abdul Razak ketika beliau kembali sebagai murid tua di Malay College Kuala Kangsar dimana beliau menuntut dari 26hb Jan. 1934 hingga 31hb May 1940. - Sources: The New Straits Times. 0006. - Y.A.B Tun Abdul Razak bin Hussein bersama isterinya Toh Puan Rahah serta dua orang anaknya Mohd. Najib dan Ahmad Johari, di rumahnya Kuala Lumpur. - Sources: Keluarga Allahyarham. 0007. - YAB Tun Abdul Razak bersama isterinya Toh Puan Rahah serta tiga orang anaknya Mohd. Najib, Mohd Nizam dan Ahmad Johari di rumah beliau Kuala Lumpur. - Sources: Keluarga Allahyarham. 0008. - Tun Abdul Razak bin Hussein bersama isterinya Toh Puan Rahah binti Haji Noah di Kuala Lipis semasa beliau menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan Pahang. - Sources: Keluarga Allahyarham. 0009. - Pada 6hb Mei 1960, YAB Pemangku Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengadakan Persidangan Akhbar di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak sedang berucap semasa persidangan tersebut. Di sebelah kiri ialah Timbalan Menteri Penerangan dan Penyiaran, Tuan Syed Jaafar Albar. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0010. - Y. A. B Tun Abdul Razak bersama isteri dan anak-anak beliau sedang bersiar-siar di perkarangan rumah mereka, di Sri Taman. - Sources: Televisyen Malaysia. 0011. - Jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak diusung keluar dari masjid di London menuju ke Pesuruhjaya Tinggi London. - Sources: En. Martin Hutton - Information Laisan di Malaysia High Commissioner London. 0012. - Tun Abdul Razak telah meninggal dunia kerana penyakit barah darah. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani pemeriksaaan doktor. Tun Abdul Razak telah meninggal dunia pada 14.1.1976 di London. Gambar menunjukkan anak sulung Allahyarham Datuk Najib sedang menabur bunga di makam ayahnya selepas pengkebumian jenazah tersebut di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur. 16.1.1976. - Sources: N. S. T. 0013. - Y. A. B. Tun Abdul Razak b. Hussein bersama isteri beliau Toh Puan Hajah Rahah. - Sources: Televisyen Malaysia. 0014. - Tun Abdul Razak telah meninggal dunia kerana penyakit barah darah. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani pemeriksaaan doktor. Tun Abdul Razak telah meninggal dunia pada 14.1.1976 di London. Gambar menunjukkan jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah dibawa dengan penerbangan khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dari London pada 15.1.1976, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang jenazah tersebut diusung terus ke kereta jenazah dan dibawa ketempat kediamannya di Sri Taman, Kuala Lumpur. - Sources: NST. 0015. - Tun Abdul Razak bin Hussein sedang bersalaman dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selepas upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, di Istana Negara, K.L. (23.9.1970) 0016. - Perkahwinan Tun Abdul Razak bin Hussein bersama Toh Puan Rahah binti Haji Noah. 1951. - Sources: NST. 0017. - Y. A. B Tun Abdul Razak selepas menerima Ijazah Undang-undang pada tahun 1949. - Sources: Televisyen Malaysia. 0018. - Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak yang baru pulang dari menghadiri Persidangan Perdana-perdana Menteri Commonwealth di London sedang berucap di sidang akhbar dengan di perhatikan oleh anak-anak beliau pada 19hb September 1962. - Sources: Televisyen Malaysia. 0019. - Tiada Caption. 0020. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bersama Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. - Sources: Toh Puan Rahah. 0021. - Tuan Tru Deau tertarik hati dengan keris yang terdapat di almari perhiasan Tun, sambil beliau diberi penerangan oleh Tun bagi kegunaan senjata tersebut. 21.5.1970. - Sources: Jabatan Penerangan. 0022. - Menteri Luar Negeri Belanda, Dr. J. Luns, telah mengadakan majlis jamuan malam kerana meraikan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein di Hague. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Duta Besar beberapa buah negara ASEAN dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Belanda. Gambar menunjukkan Tun Razak (ketiga dari kanan) diapit oleh Puan Luns di sebelah kiri dan Datin Eileen Kuok, Isteri Duta Besar Malaysia, di kanan. - Sources: Jabatan Penerangan. 0023. - Tun Abdul Razak merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan Universiti Malaya - Kuala Lumpur pada 16.8.1971. Tun Abdul Razak diiringi oleh Dato' Hamzah melalui perbarisan pegawai-pegawai Kongres dan isteri masing-masing. 0024. - Y. A. B. Tun Abdul Razak bersama Tunku Abdul Rahman bergambar beramai-ramai dengan ahli-ahli Majlis Kebangsaan Perikatan Malaysia di Dewan Banquet, Kuala Lumpur pada 6hb Disember, 1970. - Sources: Ibu pejabat Barisan Nasional, Kuala Lumpur. 0025. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sedang menandatangani perjanjian persahabatan dengan negara China semasa membuat lawatan ke negara China. (2.6.1974). 0026. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein yang sedang melakukan lawatan selama dua hari ke Kelantan telah meletak batu asas sebuah masjid berharga RM 32,000 Di Kampung Luncang, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang meletak batu asas masjid tersebut. - Sources: Jabatan Penerangan. 0027. - Y. A. B. Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein telah berlepas dari Pengkalan Terbang TUDM hari ini, 3hb April 1971, menuju ke London untuk menghadiri Persidangan Pertahanan Lima Negara. Di Pengkalan Terbang itu untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau ialah Timbalan Perdana Menteri , Tun (Dr) Ismail, Tun Tan Siew Sin, Menteri Kewangan dan Menteri - menteri Kabinet yang lain. Gambar menunjukkan dari kiri Tun (Dr) Ismail, Tun Razak dan Tun Tan Siew Sin. - Sources: Jabatan Penerangan. 0028. - Y. A. B. Tun Abdul Razak sedang menunaikan sembahyang fardu Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. - Sources: The New Straits Times. 0029. - Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah meraikan peserta-peserta Pertandingan membaca Quran dengan jamuan berbuka puasa di Masjid Negara, Kuala Lumpur petang kelmarin (29hb Disember). Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Senu Bin Abdul Rahman. Gambar menunjukkan Tunku (nombor empat dari kiri) sedang berbuka puasa dari kiri ialah Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir, Tuan Syed Nasir bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertandingan Membaca Quran, Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, Tuan M. K. Kidwai, Tun Razak dan Encik Senu. - Sources: Jabatan Penerangan. 0030. - Timbalan Perdana Menteri melawat Temerloh, Pekan dan Kuantan pada 20 - 22.2.1964. Tun Abdul Razak sedang menanam kelapa serta disaksikan oleh Penghulu Kampung tersebut Encik Ahmad, Ahli Dewan Mesyuarat. 0031. - Allahyarham Y. A. B Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri di Pameran Pembangunan Negeri Pahang yang telah diadakan dalam tahun 1972 di Pekan, Pahang. Kelihatan bersama dalam gambar ini ialah Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Y. B. Datuk Abdul Aziz bin Hussein, Bekas Ketua Polis Negeri Pahang, Y. B. Datuk Mansor bin Mohd. Nor, Bekas Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Tuan Syed Zainal Abidin Jamallullail dan bekas Ketua Jabatan Orang Asli, Encik Nik Hassan. - Sources: Datuk Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara. 0032. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, mempunyai acara yang sibuk di Kuala Lipis, Pahang semalam (4hb Oktober 1968). Dalam lawatannya Tun Razak telah merasmikan pembukaan khemah Kerja Pemuda UMNO, Masjid Bukit Betong, menghadiri rapat umum anti Marcos dan melawat Bilik Gerakan Daerah. Gambar menunjukkan Pegawai Daerah Kuala Lipis, Tuan Haji Mohd. Bakri sedang memberi penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri (tengah) mengenai rancangan-rancangan pembangunan di Daerah itu. Di kiri ialah Menteri Besar Pahang, Tan Sri Haji Yahaya bin Haji Mohd. Seh. Duta Besar Indonesia di Malaysia, Major General Thalib kelihatan di kanan. - Sources: Jabatan Penerangan. 0033. - Jamuan makan malam meraikan wakil-wakil ke rundingan lima negara di Sri Taman Kuala Lumpur, kelihatan dari kiri Tuan Keith Holyoeke (dari New Zealand), Tun dan Tuan Dennisttalley (dari Britain) 10.6.1968. - Sources: Jabatan Penerangan. 0034. - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Dato (Dr) Ismail bin Dato Abdul Rahman telah diraikan dengan jamuan makan malam oleh Penjaga Hal Ehwal Kedutaan Di Raja Thai, Nai Wichet Suthayakhom di Kedutaan Di Raja Thai, Kuala Lumpur semalam (13 Mac) sebagai menghormati kepada ahli-ahli perwakilan Thai ke Persidangan Jawatankuasa Agong Sempadan yang sedang melawat. Gambar menunjukkan Ketua Perwakilan Thai, Ketua Marshal Udara Dato Dawee Chullasapya, Pengerusi Ketua Turus Bersekutu, Pemerintah Keselamatan Negara (kiri) sedang berbual dengan Tun dan Dato (Dr.) Ismail. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0035. - Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah mengadakan majlis makan malam bertempat di kediamannya Sri Taman Kuala Lumpur, malam ini (12hb Januari 1971) kerana meraikan Perdana Menteri British, Yang Amat Berhormat Edward Heath. Gambar menunjukkan (dari kiri) Yang Amat Berhormat Edward Heath, Tun Razak, Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri ; Tun V. T. Sambanthan, Menteri Kerja Raya dan Telikom; Encik Mohd. Khir Johari, Menteri Perdagangan dan Perusahaan dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Sir Micheal Walker di meja khas. - Sources: Jabatan Penerangan. 0036. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, petang ini (2hb Disember) telah menandatangani suatu perjanjian Kerjasama dalam lapangan Sains dan Teknik dengan Menteri Luar Perhubungan Perdagangan Belgium, Tuan A De Winter. Gambar menunjukkan Tun Razak dan Tuan De Winter sedang menandatangani Perjanjian tersebut, yang memerhati (kanan sekali) ialah Duta Besar Belgium ke Malaysia. Monsieur Frans Taelemans. - Sources: Jabatan Penerangan. 0037. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah berucap kepada Persatuan Bahasan (Debating Union) Universit Malaya di Kuala Lumpur malam semalam (20hb Julai 1965). Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berucap kepada perkumpulan itu. Di sebelah kiri beliau ialah En. Tan Koon San, Pengerusi Persatuan itu. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0038. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Rzak bin Hussein yang sedang melakukan lawatan dua hari ke Kedah semalam (11hb. Julai 1968) telah melawat Empangan Muda di Pedu, Kedah. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berjalan masuk ke dalam terowong untuk memeriksanya. Di sebelah kiri ialah Tuan Goschalle, jurutera di situ. - Sources: Jabtan Penerangan. 0039. - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak bin Hussein telah menghadiri Pertandingan Membaca Quran Angkatan Bersenjata Malaysia dan telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang- pemenang di Masjid Besar, Port Dickson, semalam (23hb Disember). Gambar menunjukkan Tun Razak sedang menyampaikan hadiah kepada Derebar Ismail bin Musa dari Kompeni Pengangkutan Yang ke-4, Johan Pertandingan Membaca Quran tersebut. - Sources: Jabatan Penerangan. 0040. - Gambar menunjukkan Y. A. B. Tun Abdul Razak sedang diperkenalkan kepada wakil-wakil yang menghadiri Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Universiti Malaya. 16 - 20 Ogos 1971. - Sources: Universiti Malaya. 0041. - Y. A. B. Tun Abdul Razak bin Hussein sedang berucap ketika merasmikan Kongres Kebangsaan Universiti Malaya Kuala Lumpur. 16.8.1971. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0042. - Tun Abdul Razak bin Hussein dan isteri meraikan guru-guru sempena 'Hari Guru' di majlis makan malam di Sri Taman Kuala Lumpur. 16.5.1974. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0043. - Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sedang mengucapkan selamat jalan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan Negara Tun Abdul Razak yang akan berlepas ke Jeddah untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam (19.3.1970). Kelihatan Menteri-menteri dengan tugas-tugas Khas, Tun Tan Siew Sin, En. Lee Siok Yew dan En. Khaw Khai Boh dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin. 0044. - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak bin Hussein hari ini (10.5.1965) telah merasmikan pembukaan sekolah Latihan Penerbangan Tentera Udara Di Raja Malaysia di Alor Star, Kedah. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang membuka tabir lambangan. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0045.- Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah memberi penerangan ringkas kepada Menteri Perdagangan Luar Negeri Soviet, Tuan N. S. Patolichev dan anggota-anggota rombongannya mengenai rancangan pembangunan negara dan luar bandar Malaysia di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur tengahari ini (26hb Februari 1969). Gambar menunjukkan Tun Razak (kanan) sedang memberi penerangan kepada pelawat-pelawat itu. Menteri Soviet itu kelihatan sedang mencatatkan beberapa butir penerangan tersebut. 0046. - Gambar menunjukkan Y. A. B. Tun Abdul Razak bin Hussein sedang berbual-bual dengan Professor Ungku Aziz selepas merasmikan pembukaan Kongres Kebudayaan Melayu di Universiti Malaya. 0047. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sedang berjalan bersam-sama Menteri ASEAN dihari Persidangan ASEAN yang ke-8, di K. L. (13.5.1975). 0048. - Bekas Perdana Menteri British, Sir Alex Douglas Home mengunjungi Tun Abdul Razak di Sri Taman Kuala Lumpur 10.3.1970. - Sources: Jabatan Penerangan. 0049. - Malaysian Prime Minister, Tun Abdul Razak bin Hussein, addressing Austrian Industrialist and Businessmen in the Conference Hall of the Austrian Economic Chamber in Vienna on 26th September 1972. Picture shows from left to right, The Austrian Ambassador, Dr. Werner Sautter; Tun Abdul Razak; Mr. Philipp Von Schoeller Jr. , Vice President of the Federation of Austrian Manufactures; Dato M. M. Marican, Consul of Malaysia in Vienna; Tengku Razaleigh, Chairman of Pernas. 0050. - A group of Commonwealth Heads of State/Government arrived in Kuala Lumpur this morning (January 24, 1971) for a three-day visit. They were accorded ceremonial welcomes at the Kuala Lumpur International Airport. Picture shows the Hon'ble Prime Minister, Tun Abdul Razak bin Hussein, and Toh Puan Rahah receiving the President of the Gambia, the Hon'ble Sir Dawda Jawara and Lady Jawara. - Sources: Jabatan Penerangan. 0051. - Perwakilan-perwakilan Malaysia dan Indonesia telah mengadakan rundingan damai yang pertama di rumah tetamu kerajaan Managsila, Bangkok pada 30.5.1966. Gambar menunjukkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak sedang disambut oleh Menteri Luar Thailand, Tun Thanat Khoman pada 29.5.1966. 0052. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein yang sekarang sedang melakukan lawatan ke negeri-negeri di Eropah telah mengunjungi Duli Yang Maha Mulia Queen Juliana dan Negera Belanda pada 15hb Mei 1968. Gambar menunjukkan (dari kanan) baginda Queen; Tun Abdul Razak; Toh Puan Rahah, isteri Tun Abdul Razak; Prince Bernbard, suami baginda Queen Juliana; Dato Philip Kuok, Duta Besar Malaysia ke Belanda an Datin Kuok, isteri Duta Besar Malaysia itu. - Sources: Jabatan Penerangan. 0053. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein dan Setiausaha Commonwealth, Tuan George Thomson telah mengadakan rundingan yang kedua dan muktamat berkenaan dengan peraturan-peraturan pertahanan dan bantuan ekonomi berikut dengan penarikan keluar tentera-tentera British dari kawasan ini di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur hari ini (8hb Januari). Mesyuarat itu berlangsung kira-kira selama satu jam. Gambar menunjukkan permulaan mesyuarat itu dengan Tun Razak duduk di tengah-tengah di hujung meja. Di kanan beliau ialah Tuan Thomson dan Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin di sebelah kiri. - Sources: Jabatan Penerangan. 0054. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengadakan satu majlis jamuan makan tengahari kerana meraikan Naib Presiden Amerika Syarikat yang sedang melawat negara ini, Tuan H. Humphrey bertempat di kediamannya, Sri Taman, Kuala Lumpur hari ini (2hb November 1967). Gambar menunjukkan (dari kiri) Menteri Pengiring, Encik Senu bin Abdul Rahman, Tuan Humphrey, Tun Abdul Razak, Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin dan Duta Besar Amerika, Tuan James D. Bell. - Sources: Jabatan Penerangan. 0055. - The Prime Minister of Australian and Dame Pattie Menzies were the guests of the Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak bin Hussein and Datin Rahah at a private luncheon at their residence in Kuala Lumpur today (Disember 8, 1959). Pictures shows Mr. Menzies and Tun Razak engaged in conversation before the luncheon. - Sources: Jabatan Penerangan. 0056. - Menteri Luar dan Naib Chanselar Persekuuan Republik Jerman, Tuan Yang Terutama Walter Scheel yang sedang melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia telah mengunungi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan, Tun Abdul Rzak bin Hussein di pejabatnya di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pagi ini (11hb Mei 1970). Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berbincang dengan Tuan Walter Scheel. - Sources: Jabatan Penerangan. 0057. - Tun Abdul Razak bin Hussein merasmikan pembukaan bangunan baru Pusat Daya Pengeluaran Negara di Petaling Jaya, Selangor. 1.2.1971. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0058. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein petang ini (26 Oktober) telah merasmikan pembukaan Pavilion Rothmans di Lapangan MAHA (Malaysia Agri-Horticultural Association's) Batu 8, Jalan Klang Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berucap kepada perkumpulan di situ. - Sources: Jabatan Penerangan. 0059. - Tun Abdul Razak bin Hussein sedang menerima satu 'Model Pilgrim Ship' dari En. Senu bin Abdul Rahman di Sri Taman Kuala Lumpur (3.11.1971). Gambar menunjukkan dari kanan En. Senu b Abdul Rahman, En. Eddy Wong; Tun Abdul Razak; Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Dato Hussein Noordin, sedang melihat model itu. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0060. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b Dato Hussein dan Toh Puan Rahah ke Sabah (21 - 25.6.1971). Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak semasa meletakkan batu asas, diperhatikan oleh Tun Datu Mustapha. - Sources: Toh Puan Rahah. 0061. - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein telah melawat skim Tanah Pinggir seluas 530 ekar di Padang Besar, Perlis pada 9.5.1965. Beliau telah menyampaikan surat-surat peruntukkan tanah kepada 14 orang penduduk, 34 orang penduduk yang lain telah terdahulu mendapat surat-surat mereka daripada Menteri Besar Perlis. Tun Razak telah menasihatkan penduduk-penduduk itu supaya menggunakan tanah mereka dengan sepenuhnya. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang memerhati sebatang anak getah di skim tanah itu. Di sebelah kiri sekali ialah Menteri Besar Dato Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0062. - TUN RAZAK VISITS TO TERENGGANU (23.6.1967). The Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak who paid a two days visit to the State of Terengganu declared open the FELDA Oil Palm Processing at Jerangau. Left Mr. Ong Eng Kim (Engineer), Next Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Ibrahim Fikri and Dy. Chairman FELDA Raja Alias. - Sources: Jabatan Penerangan. 0063. - Gambar menunjukkan Y. A. B Tun Abdul Razak melawat kilang kelapa sawit LKTP di Jerangau selepas pembukaan rasmi kilang itu pada 23.6.1967. - Sources: LKTP Report 1967. 0064. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein (tengah) sedang memberi penerangan kepada menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri dari semua negeri dalam Malaysia mengenai kempen " Jayadiri " yang telah dilancarkan oleh kerajaan pusat. mesyuarat itu telah diadakan di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur hari ini (23hb Julai 1968) dan telah berlangsung selama lebih dari satu jam setengah. - Sources: Jabatan Penerangan. 0065. - Paduka Yang Mulai Presiden dan isteri sedang memerhati sebiji buah nangka yang besar dipertunjukkan barang-barang hasil pertanian Rancangan Tanah Sungai Dusun ketika mereka melawat rancangan itu hari ini (18hb Mac 1970). Jauh di sebelah kiri memakai baju berbunga-bunga ialah Toh Puan Rahah, isteri Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang berdiri di belakang Ibu Tien Soeharto. - Sources: Jabatan Penerangan. 0066. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah berkata bahawa Malaysia telah menyifatkan pembangunan sebagai satu-satu yang terpenting untuk memperkukuhkan ekonomi dan kestabilan politik dalam negeri ini. Beliau berkata sudahlah sampai masanya untuk memandang pembangunan dari segi kerjasama antara negara-negara wilayah, jika tidak dengan kerjasama antarabangsa. Tun Razak berkata demikian disatu Persidangan Akhbar di Bilik Gerakan Pembangunan Negara, Kuala Lumpur hari ini (26hb Julai 1966) mengenai Seminar Pembangunan yang pertama yang akan diadakan di Kuala Lumpur mulai dari 24hb Oktober hingga 4hb November tahun ini. Lapan belas buah negeri telah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berucap kepada pemberita di persidangan akhbar itu. Sources: Jabatan Penerangan. 0067. - Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak Perdana Menteri sedang diberi taklimat mengenai projek-projek di kawasan tiga segi Jengka di Maran semsa lawatan beliau pada 3.12.1972, gambar kelihatan juga Encik Ghaffar Baba. - Sources: Jabatan Penerengan. 0068. - Y. A. B. Tun Haji Abdul Razak bin Hussein sedang memerhati buah-buahan pameran setelah merasmikan upacara Perayaan Hari Peladang di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 6hb Ogos 1975. - Sources: Jabatan Penerangan. 0069. - Tun Abdul Razak bersama Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam tahun 1937. - Sources: The New Straits Times. 0070. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein kelmarin (11hb Oktober 1968) telah menyaksikan penduduk-penduduk Kampung Kok Klang, Perlis bergotong royong membaiki sebatang jalan sepajang tiga batu di kampung itu. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang melihat kerja gotong royong dijalankan. - Sources: Jabatan Penerangan. 0071. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein semalam (29hb Julai 1967) telah menyerahkan 10 buah motobot kepada nelayan-nelayan di Tanjong Kling dan melancarkan Rancangan Rumah Murah MARA di Bukit Katil, Melaka. Gambar menunjukkan Timbalan Perdana Menteri itu (kanan) sedang belayar dalam sebuah motobot bersama-sama dengan Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin (kedua dari kanan) dan Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Ghaffar bin Baba (kelima dari kanan) selepas menyerahkan bot-bot itu kepada nelayan-nelayan tersebut. - Sources: Jabatan Penerangan. 0072. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein pada 12hb November 1966, telah merasmikan pembukaan markas baru Pengarah Gerakan Malaysia Timur di Kuching. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang memeriksa satu perbarisan kehormatan terdiri dari pegawai-pegawai dan anggota-anggota Batalion ke-3, Askar Melayu Di Raja. - Sources: Jabatan Penerangan. 0073. - Raja Azlan Shah sedang menyampaikan hadiah kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sempena harijadinya yang ke 53 tahun di Sri Taman. (11.3.1975). 0074. - DYMM Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung dan Sultan Selangor (1.2.1974) telah menandatangani perjanjian Kuala Lumpur yang mengisytiharkan bandaraya tersebut sebagai Wilayah Persekutuan di Istana Negara. Istiadat itu telah disaksikan oleh DYMM Raja-raja, Tuan Yang Terutama Gabenor dan yang Di Pertua Negeri Sabah, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan Y. A. B. Menteri Besar Selangor Dato Harun Idris. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang membacakan pengisytiharaan tersebut. - Sources: Jabatan Penerangan. 0075. - Tun Abdul Razak menyambut hari jadinya yang ke 53 tahun di Sri Taman pada 11.3.1975. - Sources: NST. 0076. - Tun Abdul Razak bergambar bersama Persatuan Ekonomi Raffles College Singapura (1944). 0077. - Tun Abdul Razak bersama pasukan bola sepak semasa menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, 1940. - Sources: Album Tun Razak. 0078. - Thier Majesties the Yang Di Pertuan Agong and the Raja Permaisuri Agong returned tu Kuala Lumpur by air this afternoon (Julai 12, 1959) from a six-day visit to Brunei. They were greeted at the airport by the Prime Minister, Dato Abdul Razak bin Hussein and his wife, Datin Rahah, crowd of about 3000 people. Picture shows Their Majesties with the Prime Minister. - Sources: Jabatan Penerangan. 0079. - Tun Abdul Razak merangkap Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan Ijazah Kehormat Penganugerahan Universiti Kebangsaan kepada Y. A. B. Datuk Patinggi Haji Abdul Rahmnan Yaakub, Ketua Menteri Sarawak dan Bekas Menteri Pelajaran.14.6.1975. - Sources: NST. 0080. - Presiden German Mr. Hans Koschmick telah dihadiahkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein dengan sebuah buku di pejabatnya Kuala Lumpur. 25.11.1971. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0081. - Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak mengunjungi Perdana Menteri British, Mr. Wilson semasa membuat lawatan ke United Kingdom. - Sources: Perkhidmatan Penerangan British London. 0082. - Tun Abdul Razak sedang menandatangani Perjanjian Keamanan antara Malaysia dan Indonesia dengan Tun Adam Malik (11.8.1966). 0083. - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Tun Abdul Razak juga menjadi Yang Di Pertua Majlis Olimpik Malaysia sedang minum teh bersama-sama dengan pemain-pemain Piala Thomas semasa mengunjungi mereka di rumah rehat kerajaan (20.5.1970). 0084. - Keberangkatan wakil-wakil Malaysia ke Persidangan di Tokyo diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 12.6.1964. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak sedang gelak ketawa sebelum meninggalkan Kuala Lumpur. 0085. - Y. A. B. Tun Abdul Razak melambaikan tangannya mengucapkan selamat jalan kepada kaum Bidayuh di Lapangan Terbang Kuching Sarawak, sebelum berangkat pulang, turut sama mengiringi beliau Dato Stephen Yong. September 1973. - Sources: Penerangan Sarawak. 0086. - Perdana Menteri India Puan Indra Ghandi menghadiri satu mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman dan Jemaah Menteri Kabinet. Gambar menunjukkan Indra Ghandi sedang menandatangani di buku pelawat pejabat Perdana Menteri Kuala Lumpur. 30.5.1968. - Sources: Jabatan Penerangan. 0087. - Tun Abdul Razak sedang berucap di pameran mengenai ' JAYADIRI ' di Balai Raya Kampung Alor Biak Alor Star, Kedah mengenai Jayadiri tersebut. 12.7.1968. - Sources: Jabatan Penerangan. 0088. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak bin Hussein Timbalan Perdana Menteri sedang mendengar syarahan bagaimana menggunakan meriam di Lanci PX13 di Port Sweettenham, beliau diiringi oleh KPN Tan Sri Salleh. 22.21969. - Sources: Jabatan Penerangan. 0089. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein sedang berjabat tangan dengan Menteri Luar Indonesia, Tuan Adam Malik, sebelum memulakan kembali rundingan mereka hari ini (31hb Mei) yang diadakan di Rumah Tetamu Kerajaan Pitsanuloke di Bangkok. Di sebelah kiri ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Encik Khaw Kai Boh. - Sources: Jabatan Penerangan. 0090. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah melawati beberapa projek pembangunan Luar Bandar di Kedah pada 10.5.1965, beliau telah melawat Kampung Berjaya, sebuah kampung yang dibuka untuk mangsa-mangsa kebakaran dari Telok Wan Jah. Kebakaran itu telah berlaku dalam bulan Februari tahun lalu. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang melihat pelan kampung tersebut, sementara pengarah Tanah Kedah, Tuan Syed Noor Shahbuddin memberi penerangan kepada beliau, di tengah-tengah ialah Menteri Kerja Raya Pos dan Telikom, Dato V. T. Sambanthan. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0091. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein dan ahli-ahli Perwakilan Malaysia telah disambut dengan gembiranya oleh 20 000 orang lebih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi ini (12hb Ogos 1966) waktu mereka tiba balik dari Jakarta dengan kapal terbang Komet Syarikat Penerbangan Malaysia. Setengah jam kemudiannya sebuah kapal terbang khas Angkatan Udara Indonesia membawa Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik dengan 40 orang perwakilan Indonesia turun di sana disambut dengan gembiranya dengan dibentangkan hamparan merah, barisan kehormat tentera dengan pancaragam. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang menyambut Dr. Adam Malik waktu turun dari kapal terbang. - Sources: Jabatan Penerangan. 0092. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah diberi penerangan ringkas mengenai kemajuan pembangunan di Negeri Pahang di Bilik Gerakan Negeri di Kuantan, Pahang pada 13hb Februari 1968. Dalam lawatannya ke Pahang dan Terengganu, Tun Razak telah diiringi oleh Duta Besar Amerika di Malaysia, Tuan James D. Bell. Gambar menunjukkan dari kiri Tun Razak; Setiausaha Kerajaan Pahang, Tengku Shahriman dan Tuan Bell dalam upacara penerangan ringkas itu. - Sources: Jabatan Penerangan. 0093. - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein yang sedang membuat lawatan selama tiga hari ke Barat Pahang semalam (21hb Ogos) telah melawat bilik Gerakan Pembangunan Daerah Jerantut. Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Dato Yahya bin Mohd. Seh. Tun Razak telah memuji Jawatankuasa Pembangunan Daerah atas tugas-tugas cemerlang yang telah mereka jalankan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Beliau telah meluluskan peruntukkan serta merta berjumlah RM 49 000 bagi membina sebuah masjid, surau dan berhala. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berucap di Bilik Gerakan Jerantut. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0094. - Carta " Five Year Development Plan Progress " yang terdapat di Bilik Gerakan Negara di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur (24.2.1977). - Sources: Gambar diambil oleh jurugambar Arkib Negara Malaysia. 0095. - Pada 9hb Julai 1960, Y. A. B. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah mengadakan lawatan ke daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak sedang melihat Buku Merah yang mengandungi rancangan pembangunan daerah tersebut. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0096. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein hari ini (7hb Januari) telah pergi dengan kapal terbang Angkatan Udara Di Raja Malaysia ke Kelantan dan Perak kerana menyaksikan keadaan-keadaan banjir di kedua negeri itu. Tun Razak diiringi oleh Menteri Kebajikan Am Tuan Haji Abdul Hamid Khan, Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir, Pengarah Kebajikan Masyarakat Dato Haji Anjang Saith dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Di Kelantan, Tun Razak telah melawat ke Pusat Bantuan Banjir di Kota Bharu dimana 130 orang mangsa banjir dari Kampung Paloh dan kampung-kampung berhampiran dengannya sedang ditempatkan. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang bercakap dengan seorang perempuan mangsa banjir yang sedang berada dengan anaknya. Dari kiri ialah Menteri Besar Kelantan Dato Haji Mohamed Asri. - Sources: Jabatan Penerangan. 0097. - Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein telah memberitahu orang-orang suratkhabar di Kuala Lumpur hari ini (24.12.1964) bahawa ada tanda-tanda bertambahnya pencerobohan dan ugutan-ugutan Indonesia terhadap Malaysia, Malaysia akan mengambil samua langkah pertahanan yang perlu untuk menemui pencerobohan dan ugutan musuh itu. Turut hadir di Persidangan akhbar itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, Dato (Dr) Ismail bin Dato abdul Rhman dan Menteri Penerangan dan Penyiaran En. Senu bin Abdul Rahman. Gambar menunjukkan En. Senu, Tun Razak dan Dato Ismail. - Sources : Jabatan Penerangan K.L. 0098. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sedang berjalan dengan salah seorang Menteri ASEAN dihari persidangan ASEAN yang ke 8 di Kuala Lumpur (13.5.1975). 0099. - Setiausaha Agung Sekretariat Komenwel, Encik Arnold Smith telah mengunjungi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein di tempat kediamannya, Sri Taman, Kuala Lumpur pada 26.2.1972. Gambar menunjukkan Encik Arnold sedang berbincang dengan Tun Abdul Razak. - Sources: Utusan Melayu, Kuala Lumpur. 0100. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan pembukaan K. D. Sri Labuan yang berharga RM 1.35 juta, satu pengkalan angkatan laut yang moden bagi Malaysia Timur di Sabah, pada 16hb Mei 1966. Pengkalan itu ada dilengkapkan dengan alat-alat yang paling moden untuk kegunaan kapal-kapal. Di pengkalan itu ada blok tempat pentadbiran rumah-rumah tempat tinggal, workshop-workshop dan stor. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang membuka tirai batu nama untuk memperingati pembukaan pengkalan itu. - Sources: Jabatan Penerangan. 0101. - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak bin Hussein pagi ini 6.2.1965 telah mengucapkan selamat jalan kepada pegawai-pegawai dan anggota pasukan ke 5 Askar Melayu Di Raja di Batu Gajah yang akan dihantar bertugas ke Sabah. Tun Razak telah memberitahu mereka iaitu kerajaan sangat menghargai taat setia dan perkhidmatan mereka untuk mempertahankan negara serta menyeru mereka supaya menjaga jasa baik dan nama angkatan bersenjata. Tun Razak telah berucap kepada pasukan tersebut disuatu perbarisan. Gambar menunjukkan Tun Razak dengan pegawai-pegawai pasukan tersebut selepas perbarisan itu diadakan. - Sources : Jabatan Penerangan K.L. 0102. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan upacara penutup mesyuarat antara pegawai-pegawai Malaysia dan Indonesia di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur petang ini (14hb September 1966). Gambar menunjukkan ketua-ketua dari kedua perwakilan itu, Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin, Malaysia (kiri) dan Kolonel Soedarsono Prodjomiseno, Indonesia sedang menandatangani pertukaran nota-nota mengenai peraturan keselamatan dan rekod persefahaman untuk disahkan oleh kerajaan masing-masing. Di tengah ialah Tun Razak. - Sources: Jabatan Penerangan. 0103. - Perdana Menteri, Tun Razak sedang memotong kek harijadinya yang ke 53 tahun disaksikan oleh Toh Puan Rahah dan para jemputan di Sri Taman, Kuala Lumpur (11.3.1975). 0104. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bersama rombongannya sedang berbincang dengan ahli-ahli kabinet China dalam lawatannya ke negara China (2.6.1974). 0105. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan rombongannya sedang berbincang dengan ahli-ahli kabinet China semasa membuat lawatan ke negara China (2.6.1974) 0106. - Upacara penutup Mesyuarat ASEAN yang telah diadakan di Kuala Lumpur, kelihatan dalam gambar M. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Burma), Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) 27.11.1971. - Sources: NST. 0107. - Dr. Rajendra Prasad, President of India (centre) being greeted by Dato Abdul Razak bin Hussein on arrival at the Kuala Lumpur Airport on December 6,1958 during Dr. Prasad's State visit to the Federation of Malaya. Second from right is Dato Nik Kamil, Permanent Secretary in the Ministry of External Affairs. - Sources: Jabatan Penerangan. 0108. - T. Y. T Tuan Kakui Tanaka, Perdana Menteri Jepun sedang memberi ucapan ketika lawatan beliau ke Malaysia, turut sama Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Dato Hussein Onn. 12 - 14.1.1974. - Sources: Keluarga Allahyarham. 0109. - The Hon'ble Prime Minister, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, and Toh Puan Rahah, now on five-day official visit to Sabah, were in Sandakan on June 22,1971, where they attended a dinner given in their honour by the people of Sandakan at the Dewan Masyarakat. Picture shows Toh Puan Rahah receiving a gold set from Datin Dato Pengiran Haji Galpan, a gift from the people of Sungai Hamba. - Sources: Jabatan Penerangan. 0110. - Gambar menunjukkan jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak sedang diusung ke kereta jenazah setibanya dari London pada 15hb Januari 1976. - Sources: NST. 0111. - Gambar kelihatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b Hussein, sedang bersalam mesra dengan Perdana Menteri Jepun, Tuan Kakuei Tanaka ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia semalam. Di kanan sekali ialah Toh Puan Hajah Rahah, isteri Tun Abdul Razak bin Hussein (12.1.1974). - Sources: Utusan Melayu, Kuala Lumpur. 0112. - MESYUARAT ASEAN PERINGKAT MENTERI YANG KE 8. Persidangan ini telah mengkaji dan mengesan kegiatan-kegiatan ASEAN dalam pelbagai projek kerjasama dikalangan negara-negara anggota ASEAN dan projek-projek kerjasama ekonomi dan teknik antara ASEAN dengan lain-lain negara dan pertubuhan. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak sedang memberi ucapan pembukaan semasa mesyuarat ASEAN peringkat menteri yang ke 8 di Kuala Lumpur (13.5.1975). - Sources: Jabatan Penerangan. 0113. - Tun Abdul Razak sedang memberi ucapan pembukaan semasa mesyuarat ASEAN ke 8 Peringkat Menteri yang diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1975. 0114. - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein petang ini (6hb Julai) telah mengahdiri suatu penerangan ringkas mengenai pembangunan di Bilik Gerakan Pembangunan Negeri Sembilan. Beliau telah meminta pegawai-pegawai supaya memberi tumpuan yang lebih terhadap projek-projek ekonomi yang akan memberi faedah dengan segera kepada rakyat. Gambar menunjukkan Tun Razak sedang berucap kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan Negeri. Di sebelah kanan beliau ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato (Dr) Mohd Said bin Mohamed. - Sources: Jabatan Penerangan K.L. 0115. - Tun Abdul Razak sedang merasmikan pembukaan mesyuarat Persatuan Perubatan Commonwealth ke 5 di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur (4.8.1970). - Sources: Jabatan Penerangan. 0116. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah berlepas dari Kuala Lumpur pagi ini (22 September 1966) dengan kapal terbang Dart Herald RMAF ke Singapura dan seterusnya ke New York kerana menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu. Di antara mereka yang menyertai Tun Razak ialah Ketua Menteri Melaka, Encik Ghaffar Baba dan Menteri Besar SElangor, Dato Harun bin Haji Idris. Gambar menunjukkan Tun Razak (kanan) sedang mengadakan perbincangan akhir dengan Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail yang akan melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri sepeninggalan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Di tengah ialah Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir. - Sources: Jabatan Penerangan. 0117. - Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika tiba di Moscow di Lapangan Terbang Sheremetievo (23.5.1968). 0118. - Dari kiri Dr. Lim Swee Aun, Tun Abdul Razak, Tunku Perdana Menteri dan Duta Besar Thai sewaktu menghadiri Persidangan Menteri-menteri Luar ASA. 0119. - Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sedang berjalan bersama-sama Menteri ASEAN dihari persidangan asean yang ke 8 di Kuala Lumpur (13.5.1975) 0120. - Tun Abdul Razak mengunjungi Chancel Brant semasa lawatan beliau ke London kerana menghadiri sidang Pertahanan lima Negara (28.4.1971). - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0121. - Tun Abdul Razak bergambar ramai dengan pengerusi Lembaga Padi dan Beras Negara, Tan Sri Syed Nasir Ismail dan pegawai-pegawai kanan Lembaga tersebut. - Sources: Lembaga Padi dan Beras Negara. 0122. - Jamuan Di Raja Al Malik Faizal oleh DYMM Sultan Abdul Halim Muazam Syah, Timbalan Yang Di Pertuan Agong turut sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak (7.6.1970). - Sources: Jabatan Penerangan. 0123. - Gambar anggota Majlis Gerakan Negara selepas pengisytiharaan darurat pada 16.5.1969. Tun Razak dilantik sebagai Pengarah Majllis. - Sources: Jabatan Penerangan. 0124. - Gambar menunjukkan Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Dari kiri Tuan Syed Zainal, Encik Lee Siok Yew, Tun.Dr Ismail, Tan Sri M. Ghazali Shafie dan Dr. Agoes Salim. - Sources: Jabatan Penerangan. 0125. - Tun Abdul Razak menyerahkan bendera Malaysia kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Hamzah b. Datuk Abu Samah bagi pihak pasukan Malaysia yang mengambil bahagian dalam sukan SEAP di Bangunan Parlimen pada 29.11.1969. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0126. - Tun Razak menanam pokok ketika lawatan beliau ke Bentong pada 3.11.1961. - Sources: Jabatan Penerangan Malaysia. 0127. - Tun Abdul Razak selaku Canselor Universiti Kebangsaan menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Sains di Majlis Konvokesyen ke 3 di Kuala Lumpur pada 14.6.1975. - Sources: Televisyen Malaysia. 0128. - Tun Razak sedang menoreh getah ketika lawatan ke Jasin, Melaka pada 25 Mac 1968 dan telah melancarkan Rancangan Pinggir Bukit Kuau. - Sources: Jabatan Penerangan. 0129. - Tun Razak memotong buah kelapa sawit ketika melawat Rancangan Kelapa Sawit Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Di Kulai pada 30.3.1968 dan diiringi Dato Haji Othman bin Mohd Saat. - Sources: Jabatan Penerangan. 0130. - Tun Abdul Razak bersama isteri sedang membahagikan duit-duit kepada kanak-kanak cacat di Sri Taman pada 27.10.1973. - Sources: Utusan Melayu. 0131. - Tun Razak sedang menekan bagi melancarkan Rancangan Pendidikan melalui Televisyen. Kelihatan Ketua Pengarah Pelajaran, Tuan Haji Hamdan Sheikh Tahir. - Sources: Jabatan Penerangan. 0132. - Tun Abdul Razak menerima dokumen Sistem Ejaan Baru Malaysia-Indonesia dari Dato Hussein Onn sempena pelancaran sistem Ejaan Baru pada 16.8.1972. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail, Tuan Haji Sujak. - Sources: NST. 0133. - Upacara meletakkan batu asas di Institut Teknologi Mara pada 14.10.1967. 0134. - Perdana Menteri Australian Tuan John Grey melawat bilik Gerakan sedang mendengar penerangan dari Tun Razak mengenai Rancangan FLDA pada 12.6.1968. - Sources: Jabatan Penerangan.